TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras
sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang
lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan
‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka
dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah
baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat
31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di
anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah
melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh
wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan
seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang
ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara
lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita
kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan
bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at
Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri
yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada
menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook.
Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa
segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing
dengan pelbagai aksi.
Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace,
ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila
ditanya apakah motif memperlihatkan gambarsedemikian rupa? Rata-rata akan
menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya.
Namun
tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh
mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum
berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa
mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut,
nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!
Islam merupakan agama yang menghendaki kita
bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling
berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan
untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak
satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu
menarik perhatian orang luar.
Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin
menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi
penyakit ini!
No comments:
Post a Comment